Thursday 9 October 2014

KESULTANAN MELAYU MELAKA

~ Pengasas :

Putera Raja Palembang iaitu Parameswara merupakan pengasas kepada Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan pada sekitar abad ke-15 . Bermula apabila kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit pada tahun 1391 . Kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan-kawasan Srivijaya termasuk Palembang dan Temasik . Parameswara dan pengikutnya telah berundur dari Palembang dan pergi ke Temasik . Di Temasik , Parameswara ingin memajukan negeri ini dengan mewujudkan semula kegemilangan Srivijaya . Oleh kerana Temasik telah pun mempunyai politiknya tersendiri - dibawah naugan kerajaan Ayudhya , Siam , Ayudhya telah membuat serangan keatas Temasik ( Singapura ) . Hal ini memyebabkan Parameswara dan pengikutnya telah pun berundur ke Muar . Selepas di Muar , Putera Raja Palembang dan pengikutnya telah meneruskan perjalan menuju ke utara melalui Sening Ujang dan Bentam . Akhirnya , mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang pada masa itu penduduknya cuma Orang Melayu , Orang Laut dan Orang Asli .
Disebabkan peristiwa dimana seekor pelanduk kecil menendang anjing buruannya , Parameswara telah memilih temoat tersebut untuk mendirikan kerajaan . Nama Melaka juga diberi sempena daripada pokok yang menjadi teduhan Parameswara pada ketika itu , iaitu Pokok Melaka 

~Perkembangan Politik di Melaka :

Pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh Parameswara dalam usaha beliau untuk memajukan Melaka . Antara perancangan yang bijak dan usaha yang gigih dilaksanakan oleh Parameswara adalah kemudahan membaiki kapal , bekalan makanan dan air bersih , tenaga kerja dan tempat penginapan khusus untuk para pedagang daripada pelbagai bangsa . Pada tahun 1403 , seorang duta dari negara China , Laksamana Yin Ching telah melawat Melaka dan membawa sedikit hadiah untuk Parameswara . Pada waktu itu juga , maharaja China dari Dinasti Ming iaitu , Maharaja Yung Lo juga telah datang melawat Melaka kerana mengetahui tentang kedudukan Melaka dari utusan dan saudagar-saudagar yang dari Timur Tengah .
Pada tahun 1405 , Kedaulatan Melaka telah diiktiraf secara rasmi dan Parameswara – pemerintah pada ketika itu , telah pun ditabalkan sebagai raja . Sebagai tanda pengiktirafan , Melaka telah dikurniakan payung kuning , cap mohor dan persalinan pakaian dan sebuah prasasti oleh Laksamana Cheng Ho dari China pada tahun 1409 . Melaka merupakan kerajaan pertama negara Asia yang menerima penghormatan ini . Selain itu Parameswara telah pun meminta memohonan perlindungan keselamatan dari negara China . Oleh itu , Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit . Melaka sedia untuk menghantar ufti ke negara China dan menjadi negara naugan China. Hubungan baik antara China dan Melaka memberi peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan prestijnya.


·         ~Pemerintahan Kerajaan Melaka :

Apabila pemerintahan kerajaan Melaka mula memeluk agama Islam, pemerintahnya digelar ‘Sultan’ dan ‘Syah’ . Ramai pengkaji sejarah bersetuju bahawa Parameswara – Iskandar Syah (nama dalam Islam) merupakan pemerintah Melaka yang pertama yang memeluk agama Islam. Ini kerana pada tahun 1414 , beliau telah berkahwin dengan Puteri Pasai

Bil
Nama Pemerintah
Tahun Memerintah
1
Parameswara/Iskandar Syah
1262 - 1281
2
Sultan Makota Iskandar Syah
1281 - 1283
3
Sultan Mahmud Syah
1283 - 1339
4
Sultan Abu Syahid
1339 - 1340
5
Sultan Muzaffar Syah
1340 - 1378
6
Syah Mansur Syah
1378 - 1449
7
Sultan Alauddin Riayat Syah
1449 - 1481
8
Sultan Mahmud Syah
1481 - 1510 & 1531 - 1528
9
Sultan Ahmad Syah
1510 - 1513
Sumber : Abdul Rahman bin Ismail , et al., Penemuan Tarikh Baru Pengasasan Empayar Kerajaan Melayu Melaka 1262 , Melaka : IKSEP dan Kerajaan Negeri Melaka , 2012 .

            Jadual diatas menunjukkan nama pemerintah dan tahun pemerintahan Sultan- sultan Melaka mengikut pandangan sarjana terkini. Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoalkan dan digangu gugat . Kuasa dan hak raja juga berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakat pada waktu itu . Konsep ‘taat setia’ , ‘derhaka’ , ‘daulat’ , ‘tulah’ dan ‘nobat’ merupakan salah satu konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakat pada ketika itu. Konsep-konsep ini juga berkait rapat dengan protokol diraja yang melibatkan bahasa istana dan alat pembesar istana. Antara bahasa istana yang sering digunapakai adalah seperti ‘titah’ , ‘patik’ dan ‘hamba’ . Ada juga istilah lain seperti ‘beradu’ yang bermaksud tidur dan ‘mangkat’ yang bermaksud mati/meninggal dunia.


  1.   Sistem pentadbiran :


Sistem ini dipanggil sebagai ‘Sistem Pembesar Empat Lipatan’ . Sistem ini diwujudkan bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka . Peranan yang dimainkan oleh empat pembesar utama iaitu , Bendahara , Penghulu Bendahari , Temenggung dan Laksamana berkait rapat dengan sistem pentadbiran kerajaan Melaka.


  •   Sultan

Sultan yang akan mengetuai teraju pemerintahan yang dibantu oleh kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka . Antara peranan sultan adalah menyelaraskan semua kegiatan ekonomi , menjadi lambing perpaduan rakyat , mengetuai hubungan diplomatik , menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu , mengetuai angkatan tentera seterusmya melantik sultan negeri . Pembesar Berempat yang membantu Sultan Melaka pula mempunyai tugas dan tanggungjawabnya masing-masing .

  • Bendahara


Bendahara merupakan menteri utama yang bertindak sebagai penasihat kanan raja . Beliau mestilah berketurunanraja dan mempunyai pertalian darah dengan raja . Beliau juga akan memangku tugas sultan ketika sultan gering atau keluar negara. Bendahara juga dilantik untuk menjadi Ketua Hakim dan menjadi ketua turus angkatan perang . Antara tokoh yang pernah memegang jawatan sebagai Bendahara adalah Bendahara Paduka Raja Tun Perak dan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir .

  • Penghulu Bendahari


Penghulu Bendahari bertanggungjawab untuk memunggut cukai dan hasil negeri . Beliau juga yang mengawal perbendaharaan negara dan menjadi ketua urusetia istana . Selain itu , menyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua Syahbandar juga merupakan salah satu tugas yang dipikul oleh Penghulu Bendahari . Parameswara telah mewujudkan jawatan ini semasa memerintah Temasik . Seri Nara Diraja telah memegang jawatan ini .


  •     Temenggung



Temenggung berperanan sebagai pelaksanaan atau ketua undang-undang , peraturan negeri dan keselamatan . Digelar sebagai Ketua Polis Negara dan juga akan menguruskan protokol istana dalam soal adat istiadat . Selain itu , Temenggung juga akan menjadi hakim di darat dan penguasa Bandar dan kota Melaka . Jawatan ini mula wujud di Melaka dan Seri Maharaja Tun Mutahir pernah jawatan ini .

  •   Laksamana


Laksama merupakan ketua angkatan laut dan pengawal peribadi raja .  Laksamana juga digelar ‘raja di laut’ dan mengetuai semua pahlawan kerajaan . Selain itu juga , Laksamana juga akan mengetuai utusan diraja ke seberang laut dan merupakan ketua duta . Jawatan ini diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah yang pernah dipengang oleh Hang Tuah .

 Selain daripada empat orang pembesar utama ini , telah wujud golongan pentadbir yang juga merupakan antara yang terpenting dalam Sistem Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Syahbandar dan Hulubalang Besar . Syahbandar merupakan pegawai pelabuhan dimana terdapat empat orang Syabandar yang akan bertugas diperlabuhan Melaka : -

1
Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari Gujerat .
2
Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari Bengal, Pegu dan Pasai .
3
Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari Kepulauan Melayu .
4
Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari China , Champa ,dan Pulau Liu Kiu .

Hulubalang Besar pula sebagai panglima perang , ulama , mandulika , tentera , mantra , Seri Bija Diraja , bentara , chetria , orang kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar 8 , 16 dan 32 . Corak pentadbiran sebegini membentuk ‘Sistem Kebangsawanan’ di Melaka . Selain itu juga sistem ini melahirkan dua golongan masyarakat iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah selain melahirkan kerabat diraja .

Untuk membentuk sebuah kerajaan Melaka yang kuat dan maju , pembesar perlu menegakan dan mempertahankan kedaulatan sultan serta menyokong dan memberikan taat setia kepada sultan . Pembesar-pembesar ini juga telah diberi kuasa dan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayah dan sungai-sungai tertentu untuk meningkatkan sokongan mereka kepada sultan seterusnya memuggut cukai dari kawasan-kawasan yang ditadbir mereka . Kawasan ini dipanggil sebagai kawasan pengangan .

PEMBESAR
WILAYAH/SUNGAI PENGANGAN
Bendahara
Muar dan Bentan
Penghulu Bendahara
Sening Ujung dan Kampar
Temenggung
-
Laksamana
Siantan dan Sungai Raja
Syahbandar
Perlabuhan di Gujerat , Benggal , Pegu ,dan lain-lain.
Hulubalang Besar
Temasik ( Singapura )

Kawasan-kawasan memunggut cukai ini dipanggil kawasan makanan dan para pembesar ini perlu menghadap dan mempersembahan ufti atau hasil kawasan masing-masing kepada sultan .


No comments:

Post a Comment