Monday 29 September 2014

KEGEMILANGAN MELAKA


  •  Pentadbiran yang sistematik


Seperti yang diketahui  Sistem Pembesar Empat Lipatan yang merupakan satu sistem yang membawa kegemilangan Melaka . Sistem ini diwujudkan untuk melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka . Sistem ini dibahagi kepada lima bahagian iaitu Raja atau Sultan , Pembesar Berempat ( Bendahari , Penghuku Bendara , Temenggung dan Laksamana ) , Pembesar lapan , Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua .

  •   Pusat perdagangan


Melaka merupakan pusat perdagangan antarabangsa yang penting di rantau Asia Tenggara pada pertengahan abad ke-15. Menurut Sejarah Melayu kemajuan Melaka dalam bidang perdagangan telah digambarkan seperti berikut : -


 ‘ Maka segala dagang atas angin dan bawah angin  sekaliannya datang ke Melaka ; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu ‘


  •  Faktor kedudukan geografi


           Kedudukan Melaka yang strategik , iaitu dipertengahan laluan perdangangan diantara Timur dan Barat . Ini menyebabkan Melaka boleh mengawal Selat Melaka yang merupakan salah satu laluan kapal dagang yang utama . Perlabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’ , iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang membantu pelayaran , iaitu Angin Monsun Timur Laut ( November hingga Mac ) - Banjaran Titiwangsa dan Angin Monsun Barat Daya ( April hingga Oktober ) – Pulau Sumatera  . Perdagang asing bukan sahaja singgah ke Melaka bagi tujuan perdagangan , malah untuk mendapatkan bekalan barang keperluan seperti makanan dan minuman. Dari segi muka bumi , kawasan sekitar Melaka yang berbukit-bakau menjadi panduan atau mercu tanda oleh kapal dagang untuk menuju Melaka . Kawasan yang tinggi tersebut juga merupaka tempat yang strategik untuk memerhati dan mengawasi keselamatan Selat Melaka .
  •   Faktor semula jadi


          Kemasyhuran perdagangan Melaka juga mempengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitarannya . Sumber ini meliputi hasil-hasil hutan seperti kayu-kayuan yang berpotensi dalam penghasilan kayu wangi , damar dan rotan . Orang Melayu pesisir memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil-hasil hutan . Orang Asli pula memainkan peranan sebagai pemgumpulan hasil hutan kerana kelompok ini berkemahiran mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan , akar-akar kayu seperti kayu gaharu wangi dan kayu barus yang bermutu tinggi . Mereka akan membawa hasil-hasil hutan ini ke pantai , pinggir sungai dan kawasan penempatan ke kampong Melayu di Melaka dengan menggunakan jalan sungai .
  •   Kemudahan perlabuhan


         Pemimpin Melaka yang bertindak bijak telah menyediakan kemudahan-kemudahan di perlabuhan seperti gudang menyimpan barang , tempat tinggal kepada pedangang asing sementara menunggu pertukaran angina monsun dan kemudahan bekalan makanan dan minuman untuk para pedagang asing . Syahbandar juga telah menyediakan kemudahan seperti pengangkutan – (kapal , perahu , jong , lancar dan gajah ) , bekalan pekerja – ( untuk mengangkut barangan ke gudang ) dan khidmat membaiki kapal . Hal ini menyebabkan ramai pedagang-pedagang asing suka berdagang di negeri tersebut .
  •  Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka


Undang-undang Laut Melaka yang digubal untuk membolehkan aktiviti perdagangan dijalankan dengan lancar dan adil pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah ( 1488-1511) Justeru , pedagang asing akan berasa yakin ketika menjalankan perdagangan di Melaka . Undang-undang Laut Melaka mengandungi 24 fasal dan dikatakan undang-undang yang terbaik dalam menggariskan peraturan perdagangan dan peraturan hukum jenayah di laut ( kapal dan perlabuhan ) . Sebahagian besar undang-undang ini membincangkan tentang peraturan dan tertib berniaga , berjual beli , tanggungjawab Nakhoda dan Syahbandar .

  • Bahasa Melayu sebagai lingua franca ( bahasa perantaraan )

Di Melaka , banyak bahasa yang telah digunakan , namun untuk memudahkan urusan perdagangan , kebanyakkan pedagang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca . Ini kerana bahasa Melayu lebih mudah difahami dan ianya merupakan bahasa utama masyarakat di rantau Asia Tenggara .
  • Sistem cukai dan mata wang , surat kebenaran berniaga

Panduan ( cukai rasmi ) perlu dibayar oleh pedagang sebelum aktiviti jual beli dijalankan . Di Melaka meraka mengamalkan sistem cukai mengikut tempat asal para pedagang . Contohnya :

Tempat asal pedagang
Kadar cukai yang dikenakan
Dari barat : India , Arab , Siam dan Pegu
6%
Pedagang yang tinggal di Melaka
3%
Cina dan Jepun
·         Tidak dikenakan cukai
·         Perlu memberikan hadiah kepada Sultan , Temenggung dan Syahbandar

Sistem mata wang pula digunakan untuk memudahkan dan melancarkan urusan perdagangan . Penggunaan mata wang ini mengalakkan kedatangan lebih ramai pedagang Melaka . Antara mata wang yang diguankan dalam urusan jual beli di Melaka ialah mata wang timah yang dipanggil calains , wang emas tempatan dan mata wang emas , perak dan timah dari Pedir , Pasai , Kembayat dan Gujerat .

Surat kebenaran berniaga pula merupakan lesen untuk menjual beli yng diperlukan oleh pedagang untuk menjalankan perdagangan di Melaka . Ini adalah untuk memastikan urusan perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar dan bayaran yang dikenakan dijadikan sumber pendapatan kerajaan Melaka .

  •   Kematangan Hubungan Luar


          Melaka telah menjalinkan dua bentuk hubungan luar iaitu , dengan kerajaan serantau dan hubungan antarabangsa . Dasar luar Melaka serta kedudukan setiap kerajaan dalam hubungan mereke dengan Melaka adalah jelas . Ini bertujuan untuk menjamin keselamatan Melaka dan kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka . Hubungan diplomatik dan perdagangan dijalin dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai , Jawa , Siak dan Kampar . Manakala hubungan diplomatik dan perdagangan antarabangsa dijalinkan dengan kerajaan-kerajaan seperti China , Siam , Ryukyu (Jepun) , Gujerat dan Tanah Arab.

1.    Hubungan Serantau

Ø  Hubungan Melaka dengan Pasai

Hubungan ini terjalin melalui perkahwinan antara Sultan Melaka , Iskandar Syah dengan puteri Pasai dan memeluk agama islam . Ianya juga terjalin kerana pertukaran pendapat mengenai soal-soal hukum agama . Selain itu , perasaan hormat-menghormati dan tolong-menolong sentisa wujud antara Melaka dengan Pasai . Hubungan mereka dianggap setaraf kerana istilah salam digunakan apabila berutus surat antara mereka dan apabila berlakunya huru-hara di Pasai , kerajaan Melaka akan menghantar pembesar dan tenteranya untuk membantu . Seterusnya , telah wujud hubungan perdagangan antara Melaka dan Pasai apabila Melaka memperolehi lada hitam , emas dan beras danri Pasai .

Ø  Hubungan Melaka dengan Jawa

Hubungan Melaka dengan Jawa hanyalah melalui hubungan perdagangan . Dimana , Melaka memperolehi bekalan beras , bahan makanan dan rempah di Jawa . Ini menyebabkan hubungan Melaka dengnan Jawa kekal .

Ø  Hubungan Melaka dengan Siak dan Kampar

Hubungan Melaka dengan Siak dan Kampar juga hanyalah hubungan perdagangan dimana disana Melaka akan memperolehi emas . Selain itu juga , kedua-dua buah kerajaan ini merupakan kerajaan yang ditakluki oleh Melaka untuk menguasai hasil dagangan negeri-negeri tersebut. Siak juga diberi taraf naungan oleh Melaka . Negeri-negeri ini memiliki taraf yang rendah daripada kerajaan Melaka kerana apabila negeri-negeri ini berutus surat ke Melaka , mereka menggunakan istilah sembah . Selain itu juga , mereka akan menghantar ufti dalam bentuk wang atau barangan ke Melaka . Apabila Sultan membuat lawatan ke luar Negara , baginda turut diiringi oleh raja negeri-negeri terbabit . Contohnya , Sultan Mansor Syah diiringi oleh raja-raja dari Palembang , Jambi dan Lingga apabila melawat Majapahit.

 2.    Hubungan Antarabangsa

Ø  Hubungan Melaka dengan China

Hubungan Melaka dengan China bermula daripada lawatan duta China iaitu , Laksamana Yin Ching ke Melaka pada tahun 1404 . Hubungan ini dipereratkan lagi dengan pengiktirafan yang diberikan China kepada Melaka . Ini menyebabkan Melaka dikira beruntung kerana mendapat bantuan-bantuan seperti keselamatan dari China yang menyebabkan Melak tidak lagi diancam oleh Siam dan Majapahit.

Ø  Hubungan Melaka dengan Siam

Hubungan diplomatik Melaka dan Siam pula bermula apabila Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik . Baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil dari Siam . Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaraan utusan diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam . Melaka mahu menjalinkan hubungan baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi . Siam telah membekalkan beras , bahan makanan dan kayu jati ke Melaka .

Ø  Hubungan Melaka dengan Ryukyu ( Jepun )

Hubungan Melaka dengan Ryukyu juga terjalin . Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulauan Ryukyu ( Jepun ) antara tahun 1460 hingga 1480 . Raja Ryukyu juga telah menerima suratt daripada Sultan Mansor Syah . Dan didalam surat tersebut , Sultan Mansor Syah telah menyatakan bahawa pedagang-pedagang dari Ryukyu telah melanggar peraturan undang-undang  Melaka semasa berdagang di Melaka . Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka . Ini menunjukan bahawa , Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka .


Ø  Hubungan Melaka dengan Gujerat

Melaka juga menjalinkan hubungan perdagangan dengan Gujerat . Para pedagang dari Gujerat ini membekalkan kain kepada Melaka . Pedagang Gujerat yang memerlukan rempah ratus dari Kepulauan Melayu telah diberi oleh Melaka . Pedagang Gujerat juga telah menyebarkan agama Islam ke Melaka .

Ø  Hubungan Melaka dengan Tanah Arab

Para pedagang arab yang datang ke Melaka untuk memperolehi emas dan juga rempah ratus dari Kepulauan Melayu sebagaimana Gujaret . Melaka pula membeli barangan dagangan mereka iaitu kain sutera dan teh dari China. Pedagang-pedagang arab ini juga membantu untuk megembangkan agama Islam ke Melaka seperti mana Gujerat . Ini bermakna , Melaka juga terdiri daripada kerajaan awal yang menerima agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu .


  • Pusat Perkembangan Agama Islam

        Antara kerajaan awal yang menerima agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu ialah Kedah – di sekitar abad ke-9 . Penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris , Kedah , Terengganu – pada abad ke-13 . Penemuan batu bersurat di Kuala Berang , Terengganu . Pada abad ke-15 , agama Islam mula bertapak di Melaka , apabila Iskandar Syah memeluk agama Islam .
      
        Di Melaka , agama Islam disebarkan melalui pelbagai cara :

Perkahwinan
Perkahwinan antara Iskandar Syah dengan rakyat tempatan puteri Pasai yang beragama Islam.
Peranan mubaligh Arab
·         Dinyatakan dalam Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin.
·         Syeikh Abdul Aziz dari Makkah telah mengislamkan Raja Sri Maharaja , pembesar dan rakyat Melaka .
Peranan pedagang dari Arab dan India .
·         Mereka menjalankan kegiatan dakwah di samping mereka berniaga.
·         Terdapat dalam kalangan mereka yang berkahwin dengan penduduk setempat.
·         Ahli agama turut dibawa oleh mereka untuk menjalankan  kegiatan akwah di Melaka .
Sifat agama Islam
·         Semua aspek kehidupan diberikan perhatian oleh agama Islam .
·         Antaranya toleransi , adil dan rasional .
·         Aspek ini dapat menarik perhatian golongan istana dan rakyat biasa di Melaka .

             Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat membuktikan bahawa Melaka dapat mempertahankan kegemilangannya . Para ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Pasai dan Arab menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan mereka . Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam . Ulama juga mengajar ilmu agama kepada sultan , pembesar dan rakyat Melaka . Pemerintah juga mengambil berat tentang pendakwah dengan menyediakan tempat tinggal untuk para pendakwah yang datang ke Melaka . Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitu dengan menganuti agama tersebut dan diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata.

          Dalam usaha untuk mendalami ilmu pengetahuan , Sultan Mansor Syah telah menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama . Sultan Mansor Syah juga turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah . Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah , institusi agama seperti masjid , madrasah dan surau diwujudkan . Aktiviti mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci Al-quran dijalankan di institusi berikut .Nilai- nilai Islam seperti musyawarah telah ditetapkan oleh Sultan Melaka dalam urusn pentadbiran dan Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal.


             Tasawuf merupakan ajaran untuk mengenal Tuhan dan mendekatkan diri kepada-Nya . Antara ahli tasawuf yang terkenal di Melaka adalah Abdul Karim al-Jili yang merupakan pengarang kitab Insan al-Kamil . Istana Melaka berperanan sebagai pusat menterjemah , menyadur dan menyimpan kitab-kitab yang terkenal di Melaka . Di Istana Melaka juga telah disediakan perpustakaan . Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali antara kita yang telah diterjemahkan.

KEMEROSOTAN MELAKA

Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah , Sultan Mansor Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan zaman kegemilangan Melaka . Namun , kerajaan Melaka didapati kian merosot pada akhir abad yang ke-15 terutama pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah . Antara faktor yang menyebabkan kerajaan Melaka kian merosot adalah kelemahan pemimpin pada ketika itu , masalah perpaduan yang berlaku , kelemahan sistem pertahanan , sikap pembesar yang pilih kasih , pegangan agama dan kedatangan portugis ke Melaka .

·         Kelemahan dan sikap pemimpin

Oleh kerana Sultan Alauddin Syah bersikap menolak kekerasan , tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman pemerintahan baginda . Hal ini menyebabkan banyak wilayah jajahan yang cuba membebaskan diri dan membentuk kerajaan sendiri . Keadaan bertambah buruk semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah . Baginda digambarkan sebagai seorang pemerintah yang sering mengabaikan doktrin keadilan dalam pemerintahannya .
Ketika pemerintahan baginda , berlaku juga kelemahan-kelemahan dalam kalangan pemerintah . BendaharaTun Mutahir yang menggantikan Tun Perak bersikap pilih kasih . Ini menyebabkan pembesar-pembesar lain berasa iri hati terhadap Tun Mutahir . Bendahara Tun Pepatih Putih yang menggantikan Bendahara Tun Mutahir - dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah , merupakan seorang yang uzur dan tepok kakinya . Adik kepada Tun Pepatih Putih pula dikatakan seorang yang boros . Ketiadaan pemimpin yang berwibawa telah menjadikan pentadbiran Melaka semakin lemah . Amalan rasuah dan fitnah semakin berleluasa . Hal ini digambarkan semasa Raja Mendeliar memfitnah Bendahara Tun Mutahir yang kononya mencuba untuk mengatasi kekayaan Sultan Melaka .


·         Masalah perpaduan

Semangat perpaduan rakyat yang semakin lemah juga mengundang kepada kemerosotan kerajaan Melaka . Ini kerana amalan pilih kasih dalam pentadbiran , Bendahara Tun Mutahir telah mencetuskan semula persaingan untuk mendapatkan pengaruh antara orang Melayu dengan orang India-Muslim . Rakyat Melaka juga berpecah belah dan tidak bersatu padu . Ini menyebabkan keutuhan kerajaan serta kegiatan perdagangan turut terjejas . Kegiatan perdagangan turut terjejas digambarkan ketika sistem cukai yang sedia ada digantikan dengan kadar cukai yang tinggi . Akibatnya , pedagang asing memilih untuk berniaga di perlabuhan yang mengenakan kadar cukai yang lebih rendah , contohnya di Achech , Bantam , Patani dan Brunei .



·         Kelemahan sistem pertahanan

Ketiadaan askar yang hebat seperti mana Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan . Kerajaan Melaka juga menggunakan senjata tradisional seperti  keris , panah , sumpit beracun , perisai dan tombak . Senjata moden yang digunakan oleh kerajaan Melaka tidak sehebat senjata Portugis . Contohnya , meriam Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih jauh . Angkatan perang Melaka juga tidak mempunyai struktur yang lengkap  dan askar Portugis lebih terlatih daripada askar Melaka . Askar upahan Melaka dari Jawa juga tidak begitu setia kepada Melaka kerana semasa Melaka diserang Portugis , mereka telah melarikan diri .

  •    Pegangan agama yang lemah


Seperti yang kita tahu , Melaka merupakan antara kerajaan yang menerima ajaran Islam yang terawal selepas Kedah dan Terengganu . Namun , di Melaka pegangan dan penghayatan agama Islam dalam kalangan pembesar dan rakyat masih lagi nipis dan tidak dihayati dengan bersungguh-sungguh . Ini kerana masih berlaku kezaliman , berat sebelah dan penindasan terhadap masyarakat . Kegiatan rasuah dalam kalangan pembesar juga semakin berleluasa .

  • Kedatangan Portugis

  1.   Sebab kedatangan


Usaha orang Portugis menjelajah ke Timur digalakan dan didorong oleh Putera Henry . Matlamat utama penjelajahan Portugis ke Timur dengan berslogankan ‘Gospel , Gold and Glory’ yang membawa maksud agama , ekonomi dan politik . Mereka ingin menghancurkan kerajaan Islam di timur termasuk Melaka yang merupakan pusat perkembangan dan penyebaran agama Islam di Asia Tenggara . Portugis juga ingin menyebarkan agama mereka iaitu agama Kristian . Kedatangan Portugis ke Timur juga dikaitkan dengan ‘Perang Salib’.

Kedatangan mereka juga kerana ingin mengaut kekayaan yang terdapat di Melaka . Di Eropah , rempah seperti  lada hitam , kayu manis ,  bungga cengkih dan buah pala amat diperlukan untuk mengawet dam menyedapkan makanan . Pedagang Islam menjual rempah yang diperoleh dari Melaka dengan harga yang tinggi di Eropah . Dengan menguasai Selat Melaka ,  Portugis akan dapat memonopolikan hasil rempah dan akan memperoleh keuntungan yang banyak .

Selain itu ,terdapat pengkhianatan dalam kalangan pembesar seperti Utimutiraja , seorang pemimpin Jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis . Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis sehingga pelan pertahanan kota Melaka dibawa dapat dibawa keluar .

  2. Portugis menguasai Melaka


Pada tahun 1509 , angkatan laut pimpinan Lopez de Sequeira telah tiba di Melaka . Tujuanny
a adalah untuk memulakan hubungan baik antara kedua-dua kerajaan . Rombongan Portugis ini pada mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Syah dan diberi kebenaran untuk berniaga di Melaka serta mendapat jaminan keselamatan daripada Sultan Melaka . Tetapi , para pedagang Islam dari Gujerat dan Jawa telah menerima maklumat mengenai kedatangan Portugis ke Melaka untuk menguasai perdagangan di Melaka dan menentang ajaran Islam .

Apabila maklumat ini sampai pada pengetahuan Bendara Tun Mutahir , beliau menasihati Sultan Mahmud Syah untuk menangkap ahli rombongan Portugis tersebut . Oleh itu , ramai ahli rombongan Portugis telah Berjaya ditangkap dan dibunuh termasuk Ruy de Araujo iaitu pegawai kanan Portugis yang Berjaya ditangkap . Walau bagaimanapun , Lopez de Sequeira dan beberapa orang pengikutnya telah melarikan diri ke Goa , India .
Pada tahun 1510 pula , raja Portugal telah menghantar angkatan laut yang dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka . Setelah mereka tiba di Melaka , Alfonso de Albuquerque telah mengemukan beberapa tuntutan iaitu , membebaskan tawanan Portugis , bayaran ganti rugi dan meminta kebenaran untuk mendirikan kubu di Melaka . Tetapi , dengan beraninya Sultan Mahmud Syah menolak semua tuntutan Alfonso de Albuquerque .


Akibat daripada itu , Alfonso telah menyerang Melaka sebanyak dua kali . Serangan yang pertama dilancarkan pada 25 Julai 1511 dan Sungai Melaka telah Berjaya dikuasai oleh Portugis . Maklumat tentang kekuatan pertahanan Melaka juga telah diberikan kepada pihak Portugis oleh Utimutiraja – Si Kitol. Sultan Melaka telah melancarkan serangan balas terhadap Portugis dan ini menyebabkan Portugis berundur pada serangan pertama . Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah menaikkan semangat askar Melaka pada ketika itu .Serangan kedua dilancarkan pada 10 Ogos 1511 dan angkatan Melaka dapat dikalahkan .

PENGARUH KESULTANAN MELAYU MELAKA KEATAS PERAK DAN PAHANG


·         Sistem pemerintahan dan pentadbiran

Sehingga kini sistem pemerintahan beraja diamalkan. Raja atau sultan menjadi tonggak utama dalam sistem ini dan dibantu oleh para pembesar di peringkat negeri dan daerah serta penghulu diperingkat kampung . Sultan juga merupakan lambang kedaulatan negeri . Raja yang berdaulat memiliki kesempurnaan , kebolehan dan keistimewaan dalam mentadbir kerajaan . Baginda akan memastikan tugas yang diamanahkan kepada pembesar dan rakyat dilaksanaakan . Kedaulatan dapat menjamin keamanan , kesetiaan dan sokongan rakyat terhadap pemerintahan tersebut . Kecemerlangan , keunggulan peribadi dan keplahlawanan sultan menentang musuh akan mengukuhkan kedaulatannya . Perintah raja atau sultan mesti dilaksanakan dan kepada sesiapa yang tidak menurut perintah akan dianggap sebagai menderhaka dan akan ditimpah tulah ( bencana ) .

Tugas pembesar kerajaan melayu :

Ø  Pembesar peringkat negeri

Membantu pentadbiran dan melaksanakan perintah sultan dan diberikan kuasa mentadbir dan mengutip cukai di kawasan tertentu .

Ø  Pembesar peringkat jajahan dan daerah

Dilantik terus oleh sultan melalui pemberian yang bertauliah . Tugasnya adalah untuk menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan jajahan . Mempertahankan kedaulatan negeri  dan akan menyerahkan sebahagian hasil dan cukai kepada kerajaan serta menyediakan tenaga kerja .

Ø  Pembesar peringkat kampung

Tugas ketua kampung atau penghulu kampung adalah untuk memunggut cukai , membekalkan tenaga tentera , mengekalkan taat setia masyarakat kampung dan menjadi perantaaran antara pembesar dengan rakyat .
Didalam pentadbiran kampung , terdapat juga golongan yang terpenting iaitu golongan agama dan magis .

GOLONGAN AGAMA
AHLI MAGIS
·         Merupakan golongan cerdik pandai dalam agama Islam .
·         Penting dalam urusan pemerintahan.
·         Menjadi penasihat sultan , kadi , mufti atau pembesar negeri .
·         Berdakwah dan mengendalikan pengajian agama .
·         Menghasilkan karya agama .
·         Pada peringkat kampung , tugasnya sebagai imam , khatib , bilal dan jurunikah .
·         Ahli magis merupakan pawang atau bomoh .
·         Mereka mahir dalam bidang perubatan .
·         Berkemampuan mengubati dan menyembuhkan penyakit .
·         Berpengetahuan tentang khasiat akar kayu dan herba .
·         Dilantik menjadi pemimpin dalam masyarakat kampung .

Kedaulatan akan diperkukuhkan dengan alat-alat kebesaran dan keistimewaan tertentu yang tidak boleh digunakan oleh rakyat biasa . Antaranya cop mohor diraja , tengkolok atau destar , keris , pedang , kembing dan tombak berambu , payung ubur-ubur berwarna kuning , kendir , ketur , kipas dan tepak sirih , penggunaan warna kuning sebagai perhiasan pada sapu tangan dan tepi tabir . Payung putih untuk anak raja manakala payung kuning untuk raja dan nobat ( alat muzik diraja )


·         Institusi Kesultanan

~ Adat istidat adat istiadat melayu :

Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur local dan unsur luar selaras dengan kedatangan Hindu , Islam dan Barat ke alam Melayu . Dalam pemerintahan Malaysia , unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran islam dibenarkan. Melalui prisipal “ principal of co-existence “ ini , orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis , walaupun ada aspek- aspk tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.

~Agama islam :

Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam . Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan anamisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka . Islam tidak dapat menghapuskan dalam seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisne terjadi dimana unsur kepecayaan sebelum islam ada secara latin atau disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu ( pengubatan tradisional ) , dan dalam beberapa upacara adat .

~  Bahasa Melayu telah diteruskan oleh negeri-negeri tersebut (Johor ,Perak dan Pahang)

Bahasa Melayu menjadi bangsa kebanggasaan dan bahasa penghantar disemua negeri-negeri berkenaan. Bahasa Melayu yang menjadi lingua france penduduk dunia Melayu ( Nunsantara ) sejak sekian lama juga telah dipilih oleh pemerintah Indonesia menjadi bahasa rasmi negara tersebut .

Sistem perundangan

Sistem perundangan ini terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Melayu dan Undang-undang Bertulis . Undang-undang Melayu pula terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung . Manakala Undang-Undang bertulis pula terbahagi kepada lima iaitu , Hukum Kanun Melaka , Undang-undang Laut Melaka , Undang-undang Pahang , Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Kedah .
Undang-undang adat merupakan peraturan yang berdasarkan amalan kebiasaan dalam masyarakat . Ianya dihafal secara turun-temurun dan menjadi peraturan yang mesti dipatuhi .
ADAT TEMENGGUNG
ASPEK
ADAT PERPATIH
·         Bercorak autokratik.
·         Kuasa tertinggi di tangan raja atau sultan.
·         Raja ialah ketua pentadbir , ketua agama dan simbol kedaulatan serta kepaduan rakyat.
   Sistem pemerintahan
·         Unsur demokrasi dan permuafakatan ditekankan.
·         Setiap suku mempunyai wakil dalam pemerintahan
·         Keputusan dibuat secara bersama.
·         Yamtuan Besar sentiasa berunding dengan Undang dalam membuat keputusan.
·         Mengikut sebelah ibu dan ayah.
·         Lelaki diberikan keutamaan selari dengan hukum syarak. Ini kerana lelaki ialah ketua keluarga.
·         Nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa.
Sistem kekeluargaan
·         Setiap ahli suku bersaudara.
·         Dari segi jurai keturunan , keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai ini melahirkan suku.
·         Perkahwinan dilakukan mengikut hokum syarak.
Perkahwinan
·         Perkahwinan sesame suku dilarang kerana suku yang sama dianggap bersaudara.
·         Anak lelaki diutamakan kerana lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besar berbanding wanita.
Pembahagian harta pusaka
·         Pewarisan harta diberatkan di sebelah ibu kerana anak perempuan menjadi asas kewujudan suku.
·         Bertujuan memberikan pengajaran.
·         Sultan melaksanakan hukuman. Pembesar atau penghulu boleh melakukannya sekiranya mendapat mandat.
Hukuman
·         Bertujuan untuk pemulihan, iaitu menyedarkan pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan.

 Undang-undang Bertulis pula merupakan himpunan peraturan , larangan dan adat istiadat dalam bentuk bertulis. Undang-undang terawal yang digubal pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka adalah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka . Undang-undang tersebut tersebar lalu mempengaruhi undang-undang bertulis di negeri Johor, Perak dan Pahang.

o   Undang-undang 99 Perak

Undang-undang 99 Perak ini berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke-17 oleh Syed Hussain al-Faradz dari Hadratmaut . Ianya disusun dalam bentuk dialog yang dituturkan oleh Raja Nusyirawan dengan Menteri Buzurgmihr yang menjadiasas Undang-undang 99 Perak. Undang-undang ini mempunyai Adat Perpatih yang mengandungi hampir semua perkara yang berkaitan dengan hak pemerintahan , perhambaan , jenayah , pembahagian harta , perkahwinan dan pertelingkahan kecil.

Antara aspek perundangan yang terdapat didalam Undang-undang 99 Perak ini adalah :

i.          Tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintahan.
ii.          Kriteria serta cara pemilihan dan perlantikan  para pengawai yang diambil untuk berkhidmat dibawah kerajaan
iii.         Peraturan dan istiadat seperti menghadap , memilih dan melantik raja serta adat semasa  berada didalam istana.
iv.        Jenayah seperti hukuman mencuri , mendera serta membunuh hanya dilakukan dengan perintat daripada raja sahaja .
v.         Perundangan berkaitan pertanian dan perternakan
vi.        Urusan kekeluargaan seperti perkahwinan , perceraian , pembahagian harta dan pengizinaan.


o   Undang-undang Pahang

Undang-undang Pahang ini digubal pada tahun 1596 semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul al-Ghaffar Muhaiyuddin Shah . Undang-undang Pahang menggunakan hampir sepenuhnya peraturan berdasarkan hukum Islam . Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan terjemahan daripada undang-undang fiqh mazhab Shafi’e . Menurut pendapat W.Linehan , selepas tahun 1450 Masihi , agama Islam dijadikan agama rasmi di negeri itu. Berpandukan fakta sejarah , penerimaan agama Islam di Pahang dikatakan berlaku pada abad ke-15 Masihi atau lebih tepat selepas negeri itu ditakluki oleh Melaka.
Antara aspek yang terkandung didalam Undang-undang Pahang adalah :

                      I.        Adat lembaga negeri , keistimewaan raja serta pemerintah

                    II.        Undang-undang jenayah , penderhakaan , penzinaan dan undang-undang awam


Kesimpulannya undang-undang ini dapat menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan berasaskan hukum syarak sebagai panduan.