- Pentadbiran
yang sistematik
Seperti
yang diketahui Sistem Pembesar Empat
Lipatan yang merupakan satu sistem yang membawa kegemilangan Melaka . Sistem
ini diwujudkan untuk melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka . Sistem ini
dibahagi kepada lima bahagian iaitu Raja atau Sultan , Pembesar Berempat ( Bendahari
, Penghuku Bendara , Temenggung dan Laksamana ) , Pembesar lapan , Pembesar
Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua .
Melaka merupakan pusat perdagangan
antarabangsa yang penting di rantau Asia Tenggara pada pertengahan abad ke-15.
Menurut Sejarah Melayu kemajuan
Melaka dalam bidang perdagangan telah digambarkan seperti berikut : -
‘
Maka segala dagang atas angin dan bawah angin
sekaliannya datang ke Melaka ; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman
itu ‘
- Faktor
kedudukan geografi
Kedudukan Melaka yang strategik ,
iaitu dipertengahan laluan perdangangan diantara Timur dan Barat . Ini
menyebabkan Melaka boleh mengawal Selat Melaka yang merupakan salah satu laluan
kapal dagang yang utama . Perlabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi
kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’ , iaitu pertembungan dua angin monsun
utama yang membantu pelayaran , iaitu Angin Monsun Timur Laut ( November hingga
Mac ) - Banjaran Titiwangsa dan Angin Monsun Barat Daya ( April hingga Oktober
) – Pulau Sumatera . Perdagang asing
bukan sahaja singgah ke Melaka bagi tujuan perdagangan , malah untuk
mendapatkan bekalan barang keperluan seperti makanan dan minuman. Dari segi
muka bumi , kawasan sekitar Melaka yang berbukit-bakau menjadi panduan atau
mercu tanda oleh kapal dagang untuk menuju Melaka . Kawasan yang tinggi
tersebut juga merupaka tempat yang strategik untuk memerhati dan mengawasi
keselamatan Selat Melaka .
Kemasyhuran perdagangan Melaka juga mempengaruhi
oleh kekayaan sumber asli persekitarannya . Sumber ini meliputi hasil-hasil
hutan seperti kayu-kayuan yang berpotensi dalam penghasilan kayu wangi , damar
dan rotan . Orang Melayu pesisir memainkan peranan penting sebagai penjual dan
pengedar hasil-hasil hutan . Orang Asli pula memainkan peranan sebagai
pemgumpulan hasil hutan kerana kelompok ini berkemahiran mengenal pasti
jenis-jenis tumbuhan , akar-akar kayu seperti kayu gaharu wangi dan kayu barus
yang bermutu tinggi . Mereka akan membawa hasil-hasil hutan ini ke pantai ,
pinggir sungai dan kawasan penempatan ke kampong Melayu di Melaka dengan
menggunakan jalan sungai .
Pemimpin Melaka yang bertindak bijak
telah menyediakan kemudahan-kemudahan di perlabuhan seperti gudang menyimpan
barang , tempat tinggal kepada pedangang asing sementara menunggu pertukaran
angina monsun dan kemudahan bekalan makanan dan minuman untuk para pedagang
asing . Syahbandar juga telah menyediakan kemudahan seperti pengangkutan –
(kapal , perahu , jong , lancar dan gajah ) , bekalan pekerja – ( untuk
mengangkut barangan ke gudang ) dan khidmat membaiki kapal . Hal ini menyebabkan
ramai pedagang-pedagang asing suka berdagang di negeri tersebut .
- Keberkesanan
Undang-undang Laut Melaka
Undang-undang
Laut Melaka yang digubal untuk membolehkan aktiviti perdagangan dijalankan
dengan lancar dan adil pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah ( 1488-1511)
Justeru , pedagang asing akan berasa yakin ketika menjalankan perdagangan di
Melaka . Undang-undang Laut Melaka mengandungi 24 fasal dan dikatakan
undang-undang yang terbaik dalam menggariskan peraturan perdagangan dan
peraturan hukum jenayah di laut ( kapal dan perlabuhan ) . Sebahagian besar
undang-undang ini membincangkan tentang peraturan dan tertib berniaga , berjual
beli , tanggungjawab Nakhoda dan Syahbandar .
- Bahasa
Melayu sebagai lingua franca ( bahasa perantaraan )
Di
Melaka , banyak bahasa yang telah digunakan , namun untuk memudahkan urusan
perdagangan , kebanyakkan pedagang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa
perantaraan atau lingua franca . Ini
kerana bahasa Melayu lebih mudah difahami dan ianya merupakan bahasa utama masyarakat
di rantau Asia Tenggara .
- Sistem
cukai dan mata wang , surat kebenaran berniaga
Panduan
( cukai rasmi ) perlu dibayar oleh pedagang sebelum aktiviti jual beli
dijalankan . Di Melaka meraka mengamalkan sistem cukai mengikut tempat asal
para pedagang . Contohnya :
Tempat asal
pedagang
|
Kadar cukai yang
dikenakan
|
Dari barat :
India , Arab , Siam dan Pegu
|
6%
|
Pedagang yang
tinggal di Melaka
|
3%
|
Cina dan Jepun
|
·
Tidak dikenakan cukai
·
Perlu memberikan hadiah kepada Sultan , Temenggung dan Syahbandar
|
Sistem
mata wang pula digunakan untuk memudahkan dan melancarkan urusan perdagangan .
Penggunaan mata wang ini mengalakkan kedatangan lebih ramai pedagang Melaka .
Antara mata wang yang diguankan dalam urusan jual beli di Melaka ialah mata
wang timah yang dipanggil calains ,
wang emas tempatan dan mata wang emas , perak dan timah dari Pedir , Pasai ,
Kembayat dan Gujerat .
Surat
kebenaran berniaga pula merupakan lesen untuk menjual beli yng diperlukan oleh
pedagang untuk menjalankan perdagangan di Melaka . Ini adalah untuk memastikan
urusan perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar dan bayaran yang dikenakan
dijadikan sumber pendapatan kerajaan Melaka .
Melaka telah menjalinkan dua bentuk
hubungan luar iaitu , dengan kerajaan serantau dan hubungan antarabangsa .
Dasar luar Melaka serta kedudukan setiap kerajaan dalam hubungan mereke dengan
Melaka adalah jelas . Ini bertujuan untuk menjamin keselamatan Melaka dan
kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka . Hubungan diplomatik dan
perdagangan dijalin dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai , Jawa ,
Siak dan Kampar . Manakala hubungan diplomatik dan perdagangan antarabangsa
dijalinkan dengan kerajaan-kerajaan seperti China , Siam , Ryukyu (Jepun) ,
Gujerat dan Tanah Arab.
1.
Hubungan
Serantau
Ø
Hubungan
Melaka dengan Pasai
Hubungan
ini terjalin melalui perkahwinan antara Sultan Melaka , Iskandar Syah dengan puteri
Pasai dan memeluk agama islam . Ianya juga terjalin kerana pertukaran pendapat
mengenai soal-soal hukum agama . Selain itu , perasaan hormat-menghormati dan
tolong-menolong sentisa wujud antara Melaka dengan Pasai . Hubungan mereka
dianggap setaraf kerana istilah salam digunakan apabila berutus surat antara
mereka dan apabila berlakunya huru-hara di Pasai , kerajaan Melaka akan
menghantar pembesar dan tenteranya untuk membantu . Seterusnya , telah wujud
hubungan perdagangan antara Melaka dan Pasai apabila Melaka memperolehi lada
hitam , emas dan beras danri Pasai .
Ø
Hubungan
Melaka dengan Jawa
Hubungan
Melaka dengan Jawa hanyalah melalui hubungan perdagangan . Dimana , Melaka
memperolehi bekalan beras , bahan makanan dan rempah di Jawa . Ini menyebabkan
hubungan Melaka dengnan Jawa kekal .
Ø
Hubungan
Melaka dengan Siak dan Kampar
Hubungan
Melaka dengan Siak dan Kampar juga hanyalah hubungan perdagangan dimana disana
Melaka akan memperolehi emas . Selain itu juga , kedua-dua buah kerajaan ini
merupakan kerajaan yang ditakluki oleh Melaka untuk menguasai hasil dagangan
negeri-negeri tersebut. Siak juga diberi taraf naungan oleh Melaka .
Negeri-negeri ini memiliki taraf yang rendah daripada kerajaan Melaka kerana
apabila negeri-negeri ini berutus surat ke Melaka , mereka menggunakan istilah
sembah . Selain itu juga , mereka akan menghantar ufti dalam bentuk wang atau
barangan ke Melaka . Apabila Sultan membuat lawatan ke luar Negara , baginda
turut diiringi oleh raja negeri-negeri terbabit . Contohnya , Sultan Mansor
Syah diiringi oleh raja-raja dari Palembang , Jambi dan Lingga apabila melawat
Majapahit.
2.
Hubungan
Antarabangsa
Ø
Hubungan
Melaka dengan China
Hubungan
Melaka dengan China bermula daripada lawatan duta China iaitu , Laksamana Yin
Ching ke Melaka pada tahun 1404 . Hubungan ini dipereratkan lagi dengan
pengiktirafan yang diberikan China kepada Melaka . Ini menyebabkan Melaka
dikira beruntung kerana mendapat bantuan-bantuan seperti keselamatan dari China
yang menyebabkan Melak tidak lagi diancam oleh Siam dan Majapahit.
Ø
Hubungan
Melaka dengan Siam
Hubungan
diplomatik Melaka dan Siam pula bermula apabila Siam telah menjadi ancaman
Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik . Baginda
telah membunuh Temagi iaitu wakil dari Siam . Hubungan Melaka dan Siam terjalin
dengan penghantaraan utusan diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan
Menteri Jana Putera ke Siam . Melaka mahu menjalinkan hubungan baik dengan Siam
demi kepentingan ekonomi . Siam telah membekalkan beras , bahan makanan dan
kayu jati ke Melaka .
Ø
Hubungan
Melaka dengan Ryukyu ( Jepun )
Hubungan
Melaka dengan Ryukyu juga terjalin . Mereka telah menjalinkan hubungan
perdagangan dan diplomatik dengan Kepulauan Ryukyu ( Jepun ) antara tahun 1460
hingga 1480 . Raja Ryukyu juga telah menerima suratt daripada Sultan Mansor
Syah . Dan didalam surat tersebut , Sultan Mansor Syah telah menyatakan bahawa
pedagang-pedagang dari Ryukyu telah melanggar peraturan undang-undang Melaka semasa berdagang di Melaka . Raja
Ryukyu membalas surat dengan menyatakan mereka akan akur dengan peraturan dan
undang-undang Melaka . Ini menunjukan bahawa , Raja Ryukyu menyanjung tinggi
kedaulatan kerajaan Melaka .
Ø
Hubungan
Melaka dengan Gujerat
Melaka
juga menjalinkan hubungan perdagangan dengan Gujerat . Para pedagang dari
Gujerat ini membekalkan kain kepada Melaka . Pedagang Gujerat yang memerlukan
rempah ratus dari Kepulauan Melayu telah diberi oleh Melaka . Pedagang Gujerat
juga telah menyebarkan agama Islam ke Melaka .
Ø
Hubungan
Melaka dengan Tanah Arab
Para
pedagang arab yang datang ke Melaka untuk memperolehi emas dan juga rempah
ratus dari Kepulauan Melayu sebagaimana Gujaret . Melaka pula membeli barangan
dagangan mereka iaitu kain sutera dan teh dari China. Pedagang-pedagang arab
ini juga membantu untuk megembangkan agama Islam ke Melaka seperti mana Gujerat
. Ini bermakna , Melaka juga terdiri daripada kerajaan awal yang menerima agama
Islam di Semenanjung Tanah Melayu .
- Pusat
Perkembangan Agama Islam
Antara kerajaan awal yang menerima
agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu ialah Kedah – di sekitar abad ke-9 .
Penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris , Kedah , Terengganu – pada abad ke-13
. Penemuan batu bersurat di Kuala Berang , Terengganu . Pada abad ke-15 , agama
Islam mula bertapak di Melaka , apabila Iskandar Syah memeluk agama Islam .
Di Melaka , agama Islam disebarkan
melalui pelbagai cara :
Perkahwinan
|
Perkahwinan antara Iskandar Syah dengan rakyat tempatan puteri Pasai
yang beragama Islam.
|
Peranan mubaligh Arab
|
·
Dinyatakan dalam Hikayat
Raja-raja Pasai dan Bustanus
Salatin.
·
Syeikh Abdul Aziz dari Makkah telah mengislamkan Raja
Sri Maharaja , pembesar dan rakyat Melaka .
|
Peranan pedagang dari Arab dan India .
|
·
Mereka menjalankan kegiatan dakwah di samping mereka
berniaga.
·
Terdapat dalam kalangan mereka yang berkahwin dengan
penduduk setempat.
·
Ahli agama turut dibawa oleh mereka untuk
menjalankan kegiatan akwah di Melaka .
|
Sifat agama Islam
|
·
Semua aspek kehidupan diberikan perhatian oleh agama
Islam .
·
Antaranya toleransi , adil dan rasional .
·
Aspek ini dapat menarik perhatian golongan istana dan
rakyat biasa di Melaka .
|
Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat
membuktikan bahawa Melaka dapat mempertahankan kegemilangannya . Para ulama dan
pendakwah dari pelbagai tempat seperti Pasai dan Arab menjadikan Melaka sebagai
tempat pertemuan mereka . Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan
sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam . Ulama
juga mengajar ilmu agama kepada sultan , pembesar dan rakyat Melaka .
Pemerintah juga mengambil berat tentang pendakwah dengan menyediakan tempat
tinggal untuk para pendakwah yang datang ke Melaka . Pemerintah atau raja
Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitu dengan menganuti agama
tersebut dan diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata.
Dalam usaha untuk mendalami ilmu
pengetahuan , Sultan Mansor Syah telah menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai
untuk bertanyakan hal-hal agama . Sultan Mansor Syah juga turut menyokong dan
melibatkan diri dalam berdakwah . Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
, institusi agama seperti masjid , madrasah dan surau diwujudkan . Aktiviti
mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci Al-quran dijalankan di institusi
berikut .Nilai- nilai Islam seperti musyawarah telah ditetapkan oleh Sultan
Melaka dalam urusn pentadbiran dan Melaka merupakan pusat pengajian ilmu
tasawuf yang terkenal.
Tasawuf merupakan ajaran untuk
mengenal Tuhan dan mendekatkan diri kepada-Nya . Antara ahli tasawuf yang
terkenal di Melaka adalah Abdul Karim al-Jili yang merupakan pengarang kitab Insan al-Kamil . Istana Melaka
berperanan sebagai pusat menterjemah , menyadur dan menyimpan kitab-kitab yang
terkenal di Melaka . Di Istana Melaka juga telah disediakan perpustakaan . Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali antara kita yang telah
diterjemahkan.