~ Pengasas
:
Putera
Raja Palembang iaitu Parameswara merupakan pengasas kepada Kesultanan Melayu
Melaka yang diasaskan pada sekitar abad ke-15 . Bermula apabila kerajaan
Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit pada tahun 1391 . Kerajaan
Majapahit telah menguasai kawasan-kawasan Srivijaya termasuk Palembang dan
Temasik . Parameswara dan pengikutnya telah berundur dari Palembang dan pergi
ke Temasik . Di Temasik , Parameswara ingin memajukan negeri ini dengan
mewujudkan semula kegemilangan Srivijaya . Oleh kerana Temasik telah pun
mempunyai politiknya tersendiri - dibawah naugan kerajaan Ayudhya , Siam ,
Ayudhya telah membuat serangan keatas Temasik ( Singapura ) . Hal ini
memyebabkan Parameswara dan pengikutnya telah pun berundur ke Muar . Selepas di
Muar , Putera Raja Palembang dan pengikutnya telah meneruskan perjalan menuju
ke utara melalui Sening Ujang dan Bentam . Akhirnya , mereka tiba di sebuah
perkampungan nelayan yang pada masa itu penduduknya cuma Orang Melayu , Orang
Laut dan Orang Asli .
Disebabkan
peristiwa dimana seekor pelanduk kecil menendang anjing buruannya , Parameswara
telah memilih temoat tersebut untuk mendirikan kerajaan . Nama Melaka juga
diberi sempena daripada pokok yang menjadi teduhan Parameswara pada ketika itu
, iaitu Pokok Melaka
~Perkembangan
Politik di Melaka :
Pelbagai
kemudahan yang telah disediakan oleh Parameswara dalam usaha beliau untuk
memajukan Melaka . Antara perancangan yang bijak dan usaha yang gigih
dilaksanakan oleh Parameswara adalah kemudahan membaiki kapal , bekalan makanan
dan air bersih , tenaga kerja dan tempat penginapan khusus untuk para pedagang
daripada pelbagai bangsa . Pada tahun 1403 , seorang duta dari negara China ,
Laksamana Yin Ching telah melawat Melaka dan membawa sedikit hadiah untuk
Parameswara . Pada waktu itu juga , maharaja China dari Dinasti Ming iaitu ,
Maharaja Yung Lo juga telah datang melawat Melaka kerana mengetahui tentang
kedudukan Melaka dari utusan dan saudagar-saudagar yang dari Timur Tengah .
Pada
tahun 1405 , Kedaulatan Melaka telah diiktiraf secara rasmi dan Parameswara –
pemerintah pada ketika itu , telah pun ditabalkan sebagai raja . Sebagai tanda
pengiktirafan , Melaka telah dikurniakan payung kuning , cap mohor dan persalinan
pakaian dan sebuah prasasti oleh Laksamana Cheng Ho dari China pada tahun 1409
. Melaka merupakan kerajaan pertama negara Asia yang menerima penghormatan ini
. Selain itu Parameswara telah pun meminta memohonan perlindungan keselamatan
dari negara China . Oleh itu , Melaka terselamat daripada serangan Siam dan
Majapahit . Melaka sedia untuk menghantar ufti ke negara China dan menjadi
negara naugan China. Hubungan baik antara China dan Melaka memberi peluang
kepada Melaka untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan prestijnya.
· ~Pemerintahan
Kerajaan Melaka :
Apabila pemerintahan kerajaan Melaka
mula memeluk agama Islam, pemerintahnya digelar ‘Sultan’ dan ‘Syah’ . Ramai
pengkaji sejarah bersetuju bahawa Parameswara – Iskandar Syah (nama dalam
Islam) merupakan pemerintah Melaka yang pertama yang memeluk agama Islam. Ini
kerana pada tahun 1414 , beliau telah berkahwin dengan Puteri Pasai
Bil
|
Nama
Pemerintah
|
Tahun
Memerintah
|
1
|
Parameswara/Iskandar
Syah
|
1262
- 1281
|
2
|
Sultan
Makota Iskandar Syah
|
1281
- 1283
|
3
|
Sultan
Mahmud Syah
|
1283
- 1339
|
4
|
Sultan
Abu Syahid
|
1339
- 1340
|
5
|
Sultan
Muzaffar Syah
|
1340
- 1378
|
6
|
Syah
Mansur Syah
|
1378
- 1449
|
7
|
Sultan
Alauddin Riayat Syah
|
1449
- 1481
|
8
|
Sultan
Mahmud Syah
|
1481
- 1510 & 1531 - 1528
|
9
|
Sultan
Ahmad Syah
|
1510
- 1513
|
Sumber
: Abdul Rahman bin Ismail , et al., Penemuan Tarikh Baru Pengasasan Empayar
Kerajaan Melayu Melaka 1262 , Melaka : IKSEP dan Kerajaan Negeri
Melaka , 2012 .
Jadual diatas menunjukkan nama
pemerintah dan tahun pemerintahan Sultan- sultan Melaka mengikut pandangan
sarjana terkini. Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud
kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoalkan dan digangu gugat . Kuasa dan
hak raja juga berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan
amalan masyarakat pada waktu itu . Konsep ‘taat setia’ , ‘derhaka’ , ‘daulat’ ,
‘tulah’ dan ‘nobat’ merupakan salah satu konsep yang menjadi fahaman dan amalan
masyarakat pada ketika itu. Konsep-konsep ini juga berkait rapat dengan
protokol diraja yang melibatkan bahasa istana dan alat pembesar istana. Antara
bahasa istana yang sering digunapakai adalah seperti ‘titah’ , ‘patik’ dan
‘hamba’ . Ada juga istilah lain seperti ‘beradu’ yang bermaksud tidur dan ‘mangkat’
yang bermaksud mati/meninggal dunia.
- Sistem pentadbiran :
Sistem ini dipanggil sebagai ‘Sistem
Pembesar Empat Lipatan’ . Sistem ini diwujudkan bagi melicinkan urusan
pentadbiran kerajaan Melaka . Peranan yang dimainkan oleh empat pembesar utama
iaitu , Bendahara , Penghulu Bendahari , Temenggung dan Laksamana berkait rapat
dengan sistem pentadbiran kerajaan Melaka.
- Sultan
Sultan
yang akan mengetuai teraju pemerintahan yang dibantu oleh kumpulan pembesar
yang menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka . Antara peranan sultan adalah
menyelaraskan semua kegiatan ekonomi , menjadi lambing perpaduan rakyat ,
mengetuai hubungan diplomatik , menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat
Melayu , mengetuai angkatan tentera seterusmya melantik sultan negeri .
Pembesar Berempat yang membantu Sultan Melaka pula mempunyai tugas dan
tanggungjawabnya masing-masing .
- Bendahara
Bendahara
merupakan menteri utama yang bertindak sebagai penasihat kanan raja . Beliau
mestilah berketurunanraja dan mempunyai pertalian darah dengan raja . Beliau
juga akan memangku tugas sultan ketika sultan gering atau keluar negara.
Bendahara juga dilantik untuk menjadi Ketua Hakim dan menjadi ketua turus
angkatan perang . Antara tokoh yang pernah memegang jawatan sebagai Bendahara
adalah Bendahara Paduka Raja Tun Perak dan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir
.
- Penghulu Bendahari
Penghulu
Bendahari bertanggungjawab untuk memunggut cukai dan hasil negeri . Beliau juga
yang mengawal perbendaharaan negara dan menjadi ketua urusetia istana . Selain
itu , menyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua Syahbandar juga merupakan
salah satu tugas yang dipikul oleh Penghulu Bendahari . Parameswara telah
mewujudkan jawatan ini semasa memerintah Temasik . Seri Nara Diraja telah
memegang jawatan ini .
- Temenggung
Temenggung
berperanan sebagai pelaksanaan atau ketua undang-undang , peraturan negeri dan
keselamatan . Digelar sebagai Ketua Polis Negara dan juga akan menguruskan
protokol istana dalam soal adat istiadat . Selain itu , Temenggung juga akan
menjadi hakim di darat dan penguasa Bandar dan kota Melaka . Jawatan ini mula
wujud di Melaka dan Seri Maharaja Tun Mutahir pernah jawatan ini .
- Laksamana
Laksama
merupakan ketua angkatan laut dan pengawal peribadi raja . Laksamana juga digelar ‘raja di laut’ dan
mengetuai semua pahlawan kerajaan . Selain itu juga , Laksamana juga akan
mengetuai utusan diraja ke seberang laut dan merupakan ketua duta . Jawatan ini
diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah yang pernah dipengang
oleh Hang Tuah .
Selain daripada empat orang pembesar
utama ini , telah wujud golongan pentadbir yang juga merupakan antara yang
terpenting dalam Sistem Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Syahbandar
dan Hulubalang Besar . Syahbandar merupakan pegawai pelabuhan dimana terdapat
empat orang Syabandar yang akan bertugas diperlabuhan Melaka : -
1
|
Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari
Gujerat .
|
2
|
Syahbandar
yang menguruskan pedagang-pedagang dari Bengal,
Pegu dan Pasai .
|
3
|
Syahbandar
yang menguruskan pedagang-pedagang dari Kepulauan
Melayu .
|
4
|
Syahbandar
yang menguruskan pedagang-pedagang dari China
, Champa ,dan Pulau Liu Kiu .
|
Hulubalang
Besar pula sebagai panglima perang , ulama , mandulika , tentera , mantra ,
Seri Bija Diraja , bentara , chetria , orang kaya dan bangsawan yang lain
mewakili pembesar 8 , 16 dan 32 . Corak pentadbiran sebegini membentuk ‘Sistem
Kebangsawanan’ di Melaka . Selain itu juga sistem ini melahirkan dua golongan
masyarakat iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah selain melahirkan
kerabat diraja .
Untuk
membentuk sebuah kerajaan Melaka yang kuat dan maju , pembesar perlu menegakan
dan mempertahankan kedaulatan sultan serta menyokong dan memberikan taat setia
kepada sultan . Pembesar-pembesar ini juga telah diberi kuasa dan
dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayah dan sungai-sungai tertentu untuk
meningkatkan sokongan mereka kepada sultan seterusnya memuggut cukai dari
kawasan-kawasan yang ditadbir mereka . Kawasan ini dipanggil sebagai kawasan
pengangan .
PEMBESAR
|
WILAYAH/SUNGAI
PENGANGAN
|
Bendahara
|
Muar dan Bentan
|
Penghulu
Bendahara
|
Sening Ujung dan Kampar
|
Temenggung
|
-
|
Laksamana
|
Siantan dan Sungai Raja
|
Syahbandar
|
Perlabuhan di
Gujerat , Benggal , Pegu ,dan lain-lain.
|
Hulubalang
Besar
|
Temasik ( Singapura )
|
Kawasan-kawasan
memunggut cukai ini dipanggil kawasan makanan dan para pembesar ini perlu
menghadap dan mempersembahan ufti atau hasil kawasan masing-masing kepada
sultan .
Ayo Raih Kesempatan Mendapatkan Uang Ratusan Juta Rupiah... Agen Sabung Ayam Online Terbesar dan Terpercaya di indonesia, Kunjungi Website Kami Di Ayo Daftar Disini Sekarang Juga untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda.
ReplyDeleteHubungi kami di WA: +62-812-2222-995 & Telegram : @bolavitacc