Monday, 29 September 2014

KEGEMILANGAN MELAKA


  •  Pentadbiran yang sistematik


Seperti yang diketahui  Sistem Pembesar Empat Lipatan yang merupakan satu sistem yang membawa kegemilangan Melaka . Sistem ini diwujudkan untuk melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka . Sistem ini dibahagi kepada lima bahagian iaitu Raja atau Sultan , Pembesar Berempat ( Bendahari , Penghuku Bendara , Temenggung dan Laksamana ) , Pembesar lapan , Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua .

  •   Pusat perdagangan


Melaka merupakan pusat perdagangan antarabangsa yang penting di rantau Asia Tenggara pada pertengahan abad ke-15. Menurut Sejarah Melayu kemajuan Melaka dalam bidang perdagangan telah digambarkan seperti berikut : -


 ‘ Maka segala dagang atas angin dan bawah angin  sekaliannya datang ke Melaka ; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu ‘


  •  Faktor kedudukan geografi


           Kedudukan Melaka yang strategik , iaitu dipertengahan laluan perdangangan diantara Timur dan Barat . Ini menyebabkan Melaka boleh mengawal Selat Melaka yang merupakan salah satu laluan kapal dagang yang utama . Perlabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’ , iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang membantu pelayaran , iaitu Angin Monsun Timur Laut ( November hingga Mac ) - Banjaran Titiwangsa dan Angin Monsun Barat Daya ( April hingga Oktober ) – Pulau Sumatera  . Perdagang asing bukan sahaja singgah ke Melaka bagi tujuan perdagangan , malah untuk mendapatkan bekalan barang keperluan seperti makanan dan minuman. Dari segi muka bumi , kawasan sekitar Melaka yang berbukit-bakau menjadi panduan atau mercu tanda oleh kapal dagang untuk menuju Melaka . Kawasan yang tinggi tersebut juga merupaka tempat yang strategik untuk memerhati dan mengawasi keselamatan Selat Melaka .
  •   Faktor semula jadi


          Kemasyhuran perdagangan Melaka juga mempengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitarannya . Sumber ini meliputi hasil-hasil hutan seperti kayu-kayuan yang berpotensi dalam penghasilan kayu wangi , damar dan rotan . Orang Melayu pesisir memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil-hasil hutan . Orang Asli pula memainkan peranan sebagai pemgumpulan hasil hutan kerana kelompok ini berkemahiran mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan , akar-akar kayu seperti kayu gaharu wangi dan kayu barus yang bermutu tinggi . Mereka akan membawa hasil-hasil hutan ini ke pantai , pinggir sungai dan kawasan penempatan ke kampong Melayu di Melaka dengan menggunakan jalan sungai .
  •   Kemudahan perlabuhan


         Pemimpin Melaka yang bertindak bijak telah menyediakan kemudahan-kemudahan di perlabuhan seperti gudang menyimpan barang , tempat tinggal kepada pedangang asing sementara menunggu pertukaran angina monsun dan kemudahan bekalan makanan dan minuman untuk para pedagang asing . Syahbandar juga telah menyediakan kemudahan seperti pengangkutan – (kapal , perahu , jong , lancar dan gajah ) , bekalan pekerja – ( untuk mengangkut barangan ke gudang ) dan khidmat membaiki kapal . Hal ini menyebabkan ramai pedagang-pedagang asing suka berdagang di negeri tersebut .
  •  Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka


Undang-undang Laut Melaka yang digubal untuk membolehkan aktiviti perdagangan dijalankan dengan lancar dan adil pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah ( 1488-1511) Justeru , pedagang asing akan berasa yakin ketika menjalankan perdagangan di Melaka . Undang-undang Laut Melaka mengandungi 24 fasal dan dikatakan undang-undang yang terbaik dalam menggariskan peraturan perdagangan dan peraturan hukum jenayah di laut ( kapal dan perlabuhan ) . Sebahagian besar undang-undang ini membincangkan tentang peraturan dan tertib berniaga , berjual beli , tanggungjawab Nakhoda dan Syahbandar .

  • Bahasa Melayu sebagai lingua franca ( bahasa perantaraan )

Di Melaka , banyak bahasa yang telah digunakan , namun untuk memudahkan urusan perdagangan , kebanyakkan pedagang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca . Ini kerana bahasa Melayu lebih mudah difahami dan ianya merupakan bahasa utama masyarakat di rantau Asia Tenggara .
  • Sistem cukai dan mata wang , surat kebenaran berniaga

Panduan ( cukai rasmi ) perlu dibayar oleh pedagang sebelum aktiviti jual beli dijalankan . Di Melaka meraka mengamalkan sistem cukai mengikut tempat asal para pedagang . Contohnya :

Tempat asal pedagang
Kadar cukai yang dikenakan
Dari barat : India , Arab , Siam dan Pegu
6%
Pedagang yang tinggal di Melaka
3%
Cina dan Jepun
·         Tidak dikenakan cukai
·         Perlu memberikan hadiah kepada Sultan , Temenggung dan Syahbandar

Sistem mata wang pula digunakan untuk memudahkan dan melancarkan urusan perdagangan . Penggunaan mata wang ini mengalakkan kedatangan lebih ramai pedagang Melaka . Antara mata wang yang diguankan dalam urusan jual beli di Melaka ialah mata wang timah yang dipanggil calains , wang emas tempatan dan mata wang emas , perak dan timah dari Pedir , Pasai , Kembayat dan Gujerat .

Surat kebenaran berniaga pula merupakan lesen untuk menjual beli yng diperlukan oleh pedagang untuk menjalankan perdagangan di Melaka . Ini adalah untuk memastikan urusan perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar dan bayaran yang dikenakan dijadikan sumber pendapatan kerajaan Melaka .

  •   Kematangan Hubungan Luar


          Melaka telah menjalinkan dua bentuk hubungan luar iaitu , dengan kerajaan serantau dan hubungan antarabangsa . Dasar luar Melaka serta kedudukan setiap kerajaan dalam hubungan mereke dengan Melaka adalah jelas . Ini bertujuan untuk menjamin keselamatan Melaka dan kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka . Hubungan diplomatik dan perdagangan dijalin dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai , Jawa , Siak dan Kampar . Manakala hubungan diplomatik dan perdagangan antarabangsa dijalinkan dengan kerajaan-kerajaan seperti China , Siam , Ryukyu (Jepun) , Gujerat dan Tanah Arab.

1.    Hubungan Serantau

Ø  Hubungan Melaka dengan Pasai

Hubungan ini terjalin melalui perkahwinan antara Sultan Melaka , Iskandar Syah dengan puteri Pasai dan memeluk agama islam . Ianya juga terjalin kerana pertukaran pendapat mengenai soal-soal hukum agama . Selain itu , perasaan hormat-menghormati dan tolong-menolong sentisa wujud antara Melaka dengan Pasai . Hubungan mereka dianggap setaraf kerana istilah salam digunakan apabila berutus surat antara mereka dan apabila berlakunya huru-hara di Pasai , kerajaan Melaka akan menghantar pembesar dan tenteranya untuk membantu . Seterusnya , telah wujud hubungan perdagangan antara Melaka dan Pasai apabila Melaka memperolehi lada hitam , emas dan beras danri Pasai .

Ø  Hubungan Melaka dengan Jawa

Hubungan Melaka dengan Jawa hanyalah melalui hubungan perdagangan . Dimana , Melaka memperolehi bekalan beras , bahan makanan dan rempah di Jawa . Ini menyebabkan hubungan Melaka dengnan Jawa kekal .

Ø  Hubungan Melaka dengan Siak dan Kampar

Hubungan Melaka dengan Siak dan Kampar juga hanyalah hubungan perdagangan dimana disana Melaka akan memperolehi emas . Selain itu juga , kedua-dua buah kerajaan ini merupakan kerajaan yang ditakluki oleh Melaka untuk menguasai hasil dagangan negeri-negeri tersebut. Siak juga diberi taraf naungan oleh Melaka . Negeri-negeri ini memiliki taraf yang rendah daripada kerajaan Melaka kerana apabila negeri-negeri ini berutus surat ke Melaka , mereka menggunakan istilah sembah . Selain itu juga , mereka akan menghantar ufti dalam bentuk wang atau barangan ke Melaka . Apabila Sultan membuat lawatan ke luar Negara , baginda turut diiringi oleh raja negeri-negeri terbabit . Contohnya , Sultan Mansor Syah diiringi oleh raja-raja dari Palembang , Jambi dan Lingga apabila melawat Majapahit.

 2.    Hubungan Antarabangsa

Ø  Hubungan Melaka dengan China

Hubungan Melaka dengan China bermula daripada lawatan duta China iaitu , Laksamana Yin Ching ke Melaka pada tahun 1404 . Hubungan ini dipereratkan lagi dengan pengiktirafan yang diberikan China kepada Melaka . Ini menyebabkan Melaka dikira beruntung kerana mendapat bantuan-bantuan seperti keselamatan dari China yang menyebabkan Melak tidak lagi diancam oleh Siam dan Majapahit.

Ø  Hubungan Melaka dengan Siam

Hubungan diplomatik Melaka dan Siam pula bermula apabila Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik . Baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil dari Siam . Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaraan utusan diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam . Melaka mahu menjalinkan hubungan baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi . Siam telah membekalkan beras , bahan makanan dan kayu jati ke Melaka .

Ø  Hubungan Melaka dengan Ryukyu ( Jepun )

Hubungan Melaka dengan Ryukyu juga terjalin . Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulauan Ryukyu ( Jepun ) antara tahun 1460 hingga 1480 . Raja Ryukyu juga telah menerima suratt daripada Sultan Mansor Syah . Dan didalam surat tersebut , Sultan Mansor Syah telah menyatakan bahawa pedagang-pedagang dari Ryukyu telah melanggar peraturan undang-undang  Melaka semasa berdagang di Melaka . Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka . Ini menunjukan bahawa , Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka .


Ø  Hubungan Melaka dengan Gujerat

Melaka juga menjalinkan hubungan perdagangan dengan Gujerat . Para pedagang dari Gujerat ini membekalkan kain kepada Melaka . Pedagang Gujerat yang memerlukan rempah ratus dari Kepulauan Melayu telah diberi oleh Melaka . Pedagang Gujerat juga telah menyebarkan agama Islam ke Melaka .

Ø  Hubungan Melaka dengan Tanah Arab

Para pedagang arab yang datang ke Melaka untuk memperolehi emas dan juga rempah ratus dari Kepulauan Melayu sebagaimana Gujaret . Melaka pula membeli barangan dagangan mereka iaitu kain sutera dan teh dari China. Pedagang-pedagang arab ini juga membantu untuk megembangkan agama Islam ke Melaka seperti mana Gujerat . Ini bermakna , Melaka juga terdiri daripada kerajaan awal yang menerima agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu .


  • Pusat Perkembangan Agama Islam

        Antara kerajaan awal yang menerima agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu ialah Kedah – di sekitar abad ke-9 . Penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris , Kedah , Terengganu – pada abad ke-13 . Penemuan batu bersurat di Kuala Berang , Terengganu . Pada abad ke-15 , agama Islam mula bertapak di Melaka , apabila Iskandar Syah memeluk agama Islam .
      
        Di Melaka , agama Islam disebarkan melalui pelbagai cara :

Perkahwinan
Perkahwinan antara Iskandar Syah dengan rakyat tempatan puteri Pasai yang beragama Islam.
Peranan mubaligh Arab
·         Dinyatakan dalam Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin.
·         Syeikh Abdul Aziz dari Makkah telah mengislamkan Raja Sri Maharaja , pembesar dan rakyat Melaka .
Peranan pedagang dari Arab dan India .
·         Mereka menjalankan kegiatan dakwah di samping mereka berniaga.
·         Terdapat dalam kalangan mereka yang berkahwin dengan penduduk setempat.
·         Ahli agama turut dibawa oleh mereka untuk menjalankan  kegiatan akwah di Melaka .
Sifat agama Islam
·         Semua aspek kehidupan diberikan perhatian oleh agama Islam .
·         Antaranya toleransi , adil dan rasional .
·         Aspek ini dapat menarik perhatian golongan istana dan rakyat biasa di Melaka .

             Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat membuktikan bahawa Melaka dapat mempertahankan kegemilangannya . Para ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Pasai dan Arab menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan mereka . Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam . Ulama juga mengajar ilmu agama kepada sultan , pembesar dan rakyat Melaka . Pemerintah juga mengambil berat tentang pendakwah dengan menyediakan tempat tinggal untuk para pendakwah yang datang ke Melaka . Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitu dengan menganuti agama tersebut dan diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata.

          Dalam usaha untuk mendalami ilmu pengetahuan , Sultan Mansor Syah telah menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama . Sultan Mansor Syah juga turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah . Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah , institusi agama seperti masjid , madrasah dan surau diwujudkan . Aktiviti mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci Al-quran dijalankan di institusi berikut .Nilai- nilai Islam seperti musyawarah telah ditetapkan oleh Sultan Melaka dalam urusn pentadbiran dan Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal.


             Tasawuf merupakan ajaran untuk mengenal Tuhan dan mendekatkan diri kepada-Nya . Antara ahli tasawuf yang terkenal di Melaka adalah Abdul Karim al-Jili yang merupakan pengarang kitab Insan al-Kamil . Istana Melaka berperanan sebagai pusat menterjemah , menyadur dan menyimpan kitab-kitab yang terkenal di Melaka . Di Istana Melaka juga telah disediakan perpustakaan . Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali antara kita yang telah diterjemahkan.

No comments:

Post a Comment