Pada
zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah , Sultan Mansor Syah dan Sultan
Alauddin Riayat Syah merupakan zaman kegemilangan Melaka . Namun , kerajaan
Melaka didapati kian merosot pada akhir abad yang ke-15 terutama pada zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Syah . Antara faktor yang menyebabkan kerajaan
Melaka kian merosot adalah kelemahan pemimpin pada ketika itu , masalah
perpaduan yang berlaku , kelemahan sistem pertahanan , sikap pembesar yang
pilih kasih , pegangan agama dan kedatangan portugis ke Melaka .
·
Kelemahan
dan sikap pemimpin
Oleh
kerana Sultan Alauddin Syah bersikap menolak kekerasan , tidak banyak perluasan
wilayah berlaku pada zaman pemerintahan baginda . Hal ini menyebabkan banyak
wilayah jajahan yang cuba membebaskan diri dan membentuk kerajaan sendiri .
Keadaan bertambah buruk semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah . Baginda
digambarkan sebagai seorang pemerintah yang sering mengabaikan doktrin keadilan
dalam pemerintahannya .
Ketika
pemerintahan baginda , berlaku juga kelemahan-kelemahan dalam kalangan
pemerintah . BendaharaTun Mutahir yang menggantikan Tun Perak bersikap pilih
kasih . Ini menyebabkan pembesar-pembesar lain berasa iri hati terhadap Tun
Mutahir . Bendahara Tun Pepatih Putih yang menggantikan Bendahara Tun Mutahir -
dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah , merupakan seorang yang uzur
dan tepok kakinya . Adik kepada Tun Pepatih Putih pula dikatakan seorang yang
boros . Ketiadaan pemimpin yang berwibawa telah menjadikan pentadbiran Melaka
semakin lemah . Amalan rasuah dan fitnah semakin berleluasa . Hal ini
digambarkan semasa Raja Mendeliar memfitnah Bendahara Tun Mutahir yang kononya
mencuba untuk mengatasi kekayaan Sultan Melaka .
·
Masalah
perpaduan
Semangat
perpaduan rakyat yang semakin lemah juga mengundang kepada kemerosotan kerajaan
Melaka . Ini kerana amalan pilih kasih dalam pentadbiran , Bendahara Tun
Mutahir telah mencetuskan semula persaingan untuk mendapatkan pengaruh antara
orang Melayu dengan orang India-Muslim . Rakyat Melaka juga berpecah belah dan
tidak bersatu padu . Ini menyebabkan keutuhan kerajaan serta kegiatan
perdagangan turut terjejas . Kegiatan perdagangan turut terjejas digambarkan
ketika sistem cukai yang sedia ada digantikan dengan kadar cukai yang tinggi .
Akibatnya , pedagang asing memilih untuk berniaga di perlabuhan yang mengenakan
kadar cukai yang lebih rendah , contohnya di Achech , Bantam , Patani dan
Brunei .
·
Kelemahan
sistem pertahanan
Ketiadaan
askar yang hebat seperti mana Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi
aspek pertahanan kerajaan . Kerajaan Melaka juga menggunakan senjata
tradisional seperti keris , panah ,
sumpit beracun , perisai dan tombak . Senjata moden yang digunakan oleh
kerajaan Melaka tidak sehebat senjata Portugis . Contohnya , meriam Portugis
boleh menembak dari jarak yang lebih jauh . Angkatan perang Melaka juga tidak
mempunyai struktur yang lengkap dan
askar Portugis lebih terlatih daripada askar Melaka . Askar upahan Melaka dari
Jawa juga tidak begitu setia kepada Melaka kerana semasa Melaka diserang
Portugis , mereka telah melarikan diri .
- Pegangan agama yang lemah
Seperti
yang kita tahu , Melaka merupakan antara kerajaan yang menerima ajaran Islam
yang terawal selepas Kedah dan Terengganu . Namun , di Melaka pegangan dan
penghayatan agama Islam dalam kalangan pembesar dan rakyat masih lagi nipis dan
tidak dihayati dengan bersungguh-sungguh . Ini kerana masih berlaku kezaliman ,
berat sebelah dan penindasan terhadap masyarakat . Kegiatan rasuah dalam
kalangan pembesar juga semakin berleluasa .
- Kedatangan Portugis
- Sebab kedatangan
Usaha
orang Portugis menjelajah ke Timur digalakan dan didorong oleh Putera Henry .
Matlamat utama penjelajahan Portugis ke Timur dengan berslogankan ‘Gospel , Gold and Glory’ yang membawa
maksud agama , ekonomi dan politik . Mereka ingin menghancurkan kerajaan Islam
di timur termasuk Melaka yang merupakan pusat perkembangan dan penyebaran agama
Islam di Asia Tenggara . Portugis juga ingin menyebarkan agama mereka iaitu
agama Kristian . Kedatangan Portugis ke Timur juga dikaitkan dengan ‘Perang
Salib’.
Kedatangan
mereka juga kerana ingin mengaut kekayaan yang terdapat di Melaka . Di Eropah ,
rempah seperti lada hitam , kayu manis
, bungga cengkih dan buah pala amat diperlukan
untuk mengawet dam menyedapkan makanan . Pedagang Islam menjual rempah yang
diperoleh dari Melaka dengan harga yang tinggi di Eropah . Dengan menguasai
Selat Melaka , Portugis akan dapat
memonopolikan hasil rempah dan akan memperoleh keuntungan yang banyak .
Selain
itu ,terdapat pengkhianatan dalam kalangan pembesar seperti Utimutiraja ,
seorang pemimpin Jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis
. Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis sehingga pelan pertahanan
kota Melaka dibawa dapat dibawa keluar .
2. Portugis
menguasai Melaka
Pada
tahun 1509 , angkatan laut pimpinan Lopez de Sequeira telah tiba di Melaka .
Tujuanny
a adalah untuk memulakan hubungan baik antara kedua-dua kerajaan .
Rombongan Portugis ini pada mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Syah dan
diberi kebenaran untuk berniaga di Melaka serta mendapat jaminan keselamatan
daripada Sultan Melaka . Tetapi , para pedagang Islam dari Gujerat dan Jawa
telah menerima maklumat mengenai kedatangan Portugis ke Melaka untuk menguasai
perdagangan di Melaka dan menentang ajaran Islam .
Apabila
maklumat ini sampai pada pengetahuan Bendara Tun Mutahir , beliau menasihati
Sultan Mahmud Syah untuk menangkap ahli rombongan Portugis tersebut . Oleh itu
, ramai ahli rombongan Portugis telah Berjaya ditangkap dan dibunuh termasuk
Ruy de Araujo iaitu pegawai kanan Portugis yang Berjaya ditangkap . Walau
bagaimanapun , Lopez de Sequeira dan beberapa orang pengikutnya telah melarikan
diri ke Goa , India .
Pada
tahun 1510 pula , raja Portugal telah menghantar angkatan laut yang dipimpin
oleh Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka . Setelah mereka tiba di
Melaka , Alfonso de Albuquerque telah mengemukan beberapa tuntutan iaitu ,
membebaskan tawanan Portugis , bayaran ganti rugi dan meminta kebenaran untuk
mendirikan kubu di Melaka . Tetapi , dengan beraninya Sultan Mahmud Syah
menolak semua tuntutan Alfonso de Albuquerque .
Akibat
daripada itu , Alfonso telah menyerang Melaka sebanyak dua kali . Serangan yang
pertama dilancarkan pada 25 Julai 1511 dan Sungai Melaka telah Berjaya dikuasai
oleh Portugis . Maklumat tentang kekuatan pertahanan Melaka juga telah
diberikan kepada pihak Portugis oleh Utimutiraja – Si Kitol. Sultan Melaka
telah melancarkan serangan balas terhadap Portugis dan ini menyebabkan Portugis
berundur pada serangan pertama . Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah telah menaikkan semangat askar Melaka pada ketika itu
.Serangan kedua dilancarkan pada 10 Ogos 1511 dan angkatan Melaka dapat
dikalahkan .
saya tak tanya pun
ReplyDeletebutoh hg org nk terangkan tk phm diam bodoh
Deletelagi kan babi butoh sial pukimak kau
Terima kasih atas perkongsian maklumat❤️
ReplyDeleteJadi,kesimpulannya apa? Pasal Kesultanan Melaka ni.Btw terima kasih share maklumat (^^)
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian anda
ReplyDelete